5 Tempat Menarik di Bandar Hilir Melaka..Jom..

5 Tempat Menarik di Bandar Hilir Melaka..Jom Tengok..

MELAKA RIVER CRUISE TAMAN REMPAH

HARGA/PRICES : 45 Minit Per Trip

  • Pelancong Tempatan Dewasa (12 tahun ke atas) RM25
  • Pelancong Tempatan Kanak-kanak (2 – 12 tahun) RM15
  • OKU Dewasa Malaysia RM15
  • OKU Kanak-Kanak Malaysia RM10
  • Warga Emas Malaysia (60 tahun ke atas) RM20
  • SUPER GOLD: Warga Emas Malaysia (70 tahun ke atas) RM10
  • Pelajar IPTA / IPTS Malaysia (di dalam negara sahaja / Kad    Pelajar disertakan) RM20

WAKTU OPERASI / OPERATING HOURS : Setiap Hari / Daily – 9:00am To 11:30pm

Sambil bot anda menyusuri sungai, anda akan dapat menyaksikan bangunan bersejarah tinggalan Belanda, kincir air, kubu pesisir sungai dan 7 buah jambatan kecil sekitar bandar Melaka. Menaiki Melaka River Cruise pada waktu malam sambil dibuai angin sepoi-sepoi bahasa pasti akan menjadi kenangan manis dan romantis untuk anda.

KOTA A FAMOSA BANDAR HILIR

HARGA/PRICES : Percuma

Kalau ke Melaka, tapi tidak ke A Famosa, bukan lah bercuti ke Melaka namanya. Kubu tentera Portugis ini sebenarnya dibina dengan menggunakan kira-kira 400 orang hamba kepunyaan raja Melaka. Kubu ini dibuat sebaik sahaja Portugis menewaskan raja Melaka dan mereka yang ditawan dipaksa menyiapkan kubu ini.

Sewaktu zaman kegemilangannya, kota empat segi ini mempunyai 8 menara kawalan setinggi bangunanan 4 tingkat, 70 meriam yang dihala ke seluruh arah serta dikawal oleh 80 pengawal sepoi yang lengkap bersenjata.

Apa yang tinggal kini ialah pintu kota ini di kaki bukit St. Paul. Walaupun ia sebenarnya Porta de Santiago, orang ramai kerap memanggil pintu ini sebagai A Famosa.
Jika anda mendaki bukit hingga ke puncak, anda akan sampai ke Gereja St. Paul — sebuah gereja Portugis yang kemudiannya ditukar menjadi kubur orang-orang bangsawan oleh Belanda.

MENARA TAMING SARI BANDAR HILIR

HARGA/PRICES :

  • Dewasa RM17
  • Kanak Kanak RM11

WAKTU OPERASI / OPERATING HOURS : Setiap Hari / Daily – 10:00am To 11:00pm

Saksikanlah panorama Indah dan keseluruhan tempat bersejarah di Melaka Bandaraya Warisan Dunia UNESCO pada ketinggian 80 meter. Menara Taming Sari.

Anda pastinya akan teruja melihat keindagan dan keunikan tempat bersejarah seperti Bukit St Paul,Dataran Pahlawan, Sg Melaka dan Selat Melaka.

Disamping itu, anda bepeluang melihat kepesatan pembangunan di negeri Melaka, Bandaraya Warisan Dunia. Pastinya pengalaman anda ke Melaka akan menjadi kenangan yang tidak akan dilupakan.

THE SHORE SKY TOWER

HARGA / PRICES :

  • DEWASA RM25
  • KANAK KANAK RM18
  • WARGA EMAS RM25

Kalau takut tinggi, memang gerun bila ke The Shore Skytower ini.. Sebabnya, di bangunan 42 tingkat ini kita boleh jalan kat atas jambatan kaca.

Ada menara tinjau yang lantainya pun dibuat dari kaca untuk kita menjengah ke jalanraya nun di bawah.

Nak bergambar? Boleh bergambar kat mana-mana. Tapi kat kawasan menara tinjau dengan lantai kaca, tak boleh bergambar dengan kamera sendiri. Kena bayar extra ya..

Kalau dah letih atau panas, boleh turun ke bawah, ada shopping mall..The Shore Shopping Gallery..

RUMAH TERBALIK MELAKA BANDAR HILIR

HARGA/PRICES :

  • Dewasa RM15
  • Kanak Kanak RM10

WAKTU OPERASI / OPERATING HOURS :

  • Isnin – Khamis: 10.00 Pagi – 7.00 Petang
  • Jumaat – Ahad/ Cuti Am: 10.00 Pagi – 9.00 Malam

Apa Yang Best Di Sini?

Rumah kedai Melaka ini nampak normal dari luar. Tapi di dalamnya semua perabot dipasang terbalik.

Dari katil di bilik tidur sehinggalah bilik air yang lengkap dengan tandas dan ubat gigi, semuanya dipasang di siling. Jika anda tidak pandai berposing, jangan risau, ada penerangan ringkas cara bergambar untuk anda pastikan hasil anda lebih lucu namun sayangnya, hanya ada 6 ruang untuk bergambar.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *