40 lokasi makan makan melaka

Bila ke Melaka tu mesti cuba ni..tak cuba semua tu cuba lah beberapa..mmg tak boleh cuba semua pun..hehe..Dikongsikan nama lokasi, waktu perniagaan mereka dan sedikit huraian..boleh guna google maps nak ke lokasi-lokasi ni..Jom tgk..

No. 1 – Coconut Shake Klebang

Waktu Perniagaan : 12.00 tghari – 6.30 ptg

Tidak ada minuman yang seenak Klebang Original Coconut Shake di Melaka ini jika anda sedang haus dek cuaca Melaka yang panas. Terletak di Pantai Klebang, air Klebang Original Coconut Shake ini menggabungkan air kelapa, ais, isi kelapa dan ais krim di atasnya.

No. 2 – Gelombang Biru Yong Tau Fu

Waktu Perniagaan : 6.30 ptg – 12.00 tgh malam

Mari datang bersama keluarga ke RESTORAN GELOMBANG BIRU YONG TAU FOO di PULAU GADONG MELAKA.Bukan Yong Tau Foo sahaja. Ada Burger Sedap, Otak-Otak Melaka,Kentang Bakar serta Nasi lemak Sedap yang tiada di tempat lain..

No. 3 – Hajjah Mona Asam Pedas Kota Laksamana

Waktu Perniagaan : 5.00 ptg – 5.00 pagi

Terdapat pelbagai asam pedas lain, seperti asam pedas ikan tenggiri, asam pedas ikan kembung, ikan pari, kepala ikan dan pelbagai jenis hidangan tambahan seperti ayam goreng dan sebagainya. Jika anda tak nak makan asam pedas, anda juga boleh mencuba pelbagai hidangan masakan panas di sini. hidangan set asam pedas yang akan dihidangkan bersama nasi putih beserta sayur taugeh goreng dan telur asin. Hidangan yang sangat mantap.

No. 4 – Asam Pedas Claypot Kota Laksamana

Waktu Perniagaan : 6.00 ptg – 4.00 pagi

Pelbagai pilihan asam pedas kat sini seperti ikan pari, ikan parang, ikan kembung dan lain lain lagi. Kuah Asam Pedas Claypot lebih pekat dan pedas berbanding dengan kuah asam pedas Hajah Mona yang lebih manis dan berlemak.

No. 5 – ASAM PEDAS POWER ABANG PIEE

Waktu Perniagaan : 7.00 ptg – 3.00 pagi

Rasa asam pedas ni lain sikit & menyengat kepedasannya. Add sotong goreng tepung and kailan along w sambal kupang and u’re good to go. Tangkap leleh! Pekat! Likat! Tak tahan pedas Comfirm banjir! Ikan pilih sendiri…memang berpeluh lepas makan.

 

No. 6 – PAK PUTRA TANDOORI & NAN RESTAURANT KOTA LAKSAMANA

Waktu Perniagaan : 5.30 ptg – 1.00 pagi

Nikmati roti nan yang gebu dan lembut bersama ayamnya lembut sgt moist n juicy.. sedap lah di makan dengan perahan limau nipis n sos pencicah istimewa,memang xkan cukup sepiring kecik tu dan nak minta tambah lagi… rasanya x lah pedas.. sedang2 je..

No. 7 – COCONUT SHAKE BATU BERENDAM

Waktu Perniagaan : 9.30 pagi – 10.30 malam

Coconut Shake Batu Berendam ni special pecial sebab dia ada ice cream vanila kat atas tu… dan chocolate rice tu masukk laa dengan vanila ice cream dan kelapa tu… rasanya ermmm… sedappp…! tidak terlalu manis dan tidak terlalu lemak… sedang² jer… tapi rasa sekali memang rasa nak lagi laaa…

 

No. 8 – MANGGO FLOAT ROYALE SG PUTAT

Waktu Perniagaan : 12.30 tghari – 6.30 ptg

Penuh dengan mango, every teguk boleh kunyah mangga. Dan dan dan yang paling exciteddd ada mango chunks and mango icecream! fuhh sedappp..

No. 9 – ROTI CANAI KAYU ARANG

Waktu Perniagaan : 7.00 pagi – 12.00 tghari

Roti canainya seratus peratus dimasak menggunakan kayu arang dengan aroma yang sangat harum dan cukup menyelarakan, digoreng tanpa menggunakan minyak. Selain itu, kuah dalnya juga sungguh sedap, pekat dan amat menyerakan.

No. 10 – WARUNG HAJAH ROBIAH LIMBONGAN

Waktu Perniagaan : 7.00 pagi – 12.00 tghari

Korang yang turun Melaka WAJIB laa pergi ke Warung Hajah Robiah nie tapi tolong laaa pergi awal pagi yea kalo tak kang korang yang kempunan. Semua menu dia sedap dan dalam ni ada banyak gerai (ala2 foodcourt cina gitu). Ada pelbagai makanan sedap dijual..Jangan lupe tau pekena Lempeng Kelapo tu….Perghhhhhhh!!

No. 11 – WARUNG HIJAU ROJAK SOTONG MASJID TANAH

Waktu Perniagaan : 5.00 ptg – 12.00 tgh malam

Tengoklah betapa menggiurkan sotong-sotong itu beradu di atas pinggan!. Selain Rojak Seafood terdapat pelbagai lagi menu2 yang tak kurang menarik di warung ini. Mee Kupang. Char Koay Teow Sotong. Mee Goreng Sotong Banjir. Rojak Sotong Jumbo. Perghh!!

No. 12 – MEE BODOH @ MEE HASSAN TENGKERA

Waktu Perniagaan : 7.30 pagi – 10.30 pagi

Mee goreng ni dipanggil mee bodoh sebab ia digoreng tanpa rencah,memang xde ape ape langsung kecuali mee dan taugeh saja tapi yang membuatkan mee ini sedap sebab lauk lain yang ditambah sekali. Ada timun, sambal dan telur mata kerbau,yang special tu sebab telur tu digoreng menggunakan minyak yang diambil dari sambal tu….perggghhhhh marvelous makan..

No. 13 – BARKAT ROTI JOHN ASLI & AYAM GOLEK

Waktu Perniagaan : 4.30 ptg – 12.00 tgh malam

Berbeza dengan roti john biasa, roti John barkat tiada mayonis serta sos yang melimpah. Cuma inti yang masak didalam roti john, serta kuah cicahan. versi Barkat ni berbeza kerana ia mengandungi ikan bilis yang ditumbuk halus & daun saderi. Pergh, memang sodap! Terus terang saya cakap, memang sedap (lain tekak, lain citarasanya yer). Saya cadangkan anda order sekali ayam golek tu, lepas tu kepit dengan roti John, celup dalam dipping sauce & ngap!

No. 14 – AR-RAHMAN SEAFOOD RESTORAN JALAN PANGLIMA AWANG

Waktu Perniagaan : 5.30 ptg – 12.00 tghmalam

Restoran ini terletak bertentangan dengan AEON Bandaraya dan agak mudah untuk di cari. Restoren yang luas dan selesa serta mempunyai ruang parking yang banyak dan juga musolla amat sesuai untuk membawa keluarga menikmati hidangan malam di sini.

No. 15 – THE STREET KITCHEN

Waktu Perniagaan : 5.00 ptg- 2.00 pagi

Asam pedas memang senang nak cari kat Melaka. Tapi asam pedas ikan salmon, ini rare!. Dengan ikan salmon menggantikan menu kebiasaan macam ikan merah, kembung, tenggiri atau parang, pastinya menu ni tampak lebih sofistikated, nampak moden! Rasanya masih menggoda, pedas asli Melaka yang cukup mencengkam untuk terus makan dan makan!

No. 16 – CELUP CELUP SATAY CELUP WARISAN

Waktu Perniagaan : 12.00 tghari – 12 tgh malam

Sate Celop Warisan dianggap makanan warisan kepada kaum Tionghua di Melaka. Banyak restoran bukan muslim yang menyediakan menu ini dan sentiasa dipenuhi pelanggan. Kini, pengunjung muslim sudah boleh menjamu selera sate celop halal tanpa was-was di Restoran Celop-celop di Taman Lagenda, berdekatan dengan AEON Bandaraya Melaka.

No. 17 – BIG BOWL ICE

Waktu Perniagaan : 12 tghari – 12 tgh malam (Berbeza setaip cawangan)

Ada beberapa jenis shave ice, snow ice yang korang boleh cuba…Boleh pilih dengan buah-buahan, puding, cereal dan macam-macam lagi la…saiz tu pun ikut la macam mana yang korang suka. Resepi dia ada pelbagai jenis. Korang pasti rambang mata untuk memilihnya.

No. 18 – CENDOL MALIM LEGACY

Waktu Perniagaan : 12.00 tghari – 7.00 ptg

Hilangkan kepanasan dengan pelbagai cendol dan ABC, cendol buatan sendiri yang asli dan segar. Selain itu ada juga, bihun soto,mee rojak,laksa serta pelbagai lagi.

No. 19 – MEE UDANG KAK ROSE

Waktu Perniagaan : 4.30 ptg – 1.00 pagi

Mee udang kak rose memang sedap, mables…udang lauk yg segar dan manis. Ada juga mee bandung, mee jawa , satay dan makanan bergoreng. Simple je warung mee udang kak Rose ni..tepi jalan je bertentang dengan sawah…kalau korang dari dataran satu malaysia,korang terus je jalan ke depan lagi sampai jumpa traffic light yg pertama pastu masuk kanan dan jalan terus lagi…warung ni kat sebelah kanan…nanti nampak signboard best in town mee udang kak Rose tu.

No. 20 – PERHENTIAN KUIH KAMPUNG UJONG PASIR

Waktu Perniagaan : 8.30 pagi – 7.00 ptg

Buat anda yang akan datang ke Melaka jangan lupa untuk berhenti di Perhentian Kuih Kampong yang terletak di Jalan Ujong Pasir , Melaka. Tempat ini juga dikenali dengan nama Kedai Bawah Pokok kerana menjual perbagai jenis kuih muih traditional yang beraneka jenis.

No. 21 – CENKERANG SEAFOOD JUMBLE

Waktu perniagaan : 5.00 ptg – 11.00 mlm

Berkonsepkan Shell out, dengan harga serendah RM 38.80, anda boleh memilih pelbagai menu seafood mengikut citarasa anda. Ianya semestinya segar dan lazat.

No. 22 – API API STEAMBOAT & GRILL

Waktu Perniagaan : 12.00 tghari – 12.00 tghmalam

Restoran ini menyediakan pakej makan buffet steambot dan grill yang sangat berpatutan dan dijamin halal dan biasanya akan dipenuhi dengan pelanggan kerana ada promosi istimewa setiap malam untuk pelanggan tertentu.
*kami nasihatkan supaya korang call untuk membuat tempahan sebelum ke restoran ini untuk mengelakkan restoran penuh.

No. 23 – QASREENA CAFÉ

Waktu Perniagaan : 8.00 pagi – 11.00 malam

Menu istimewa di Qasreena Cafe ini dipanggil mee racun kerana tahap kepedasannya yang menyengat! Jadi, kalau anda jenis yang tak tahan pedas, jangan risau kerana masih terdapat beraneka menu untuk dipilih di sini. Tapi, kalau ada member yang poyo cakap mereka tahan pedas, saya cadangkan anda bawa mereka ke sini untuk tengok muka merah ke tak bila makan mee ini.

No. 24 – MELAKA FOOD TRUCK PARK

Waktu Perniagaan : 5.30 ptg- 1.00 pagi

Di sini, sejumlah pengusaha food truck diberikan ruang untuk berniaga bersama-sama. Terdapat pelbagai jenis makanan yang dijual oleh food truck di sini. Antaranya ialah 8th Street Coffee & Burger, Cendol Durian Bachang, Kebab Melawati ,La Famiglia Pasta Mirarichgold (menjual meehun sup), N’licious Taco, Nasi Ayam Penyet, NFC (Fried Chicken), Time Out Coffee dan Waffle Mobile.

No. 25 – IKAN BAKAR MUARA SUNGAI DUYONG

Waktu Perniagaan : 5.00 ptg – 12.00 malam

Kawasan ini mempunyai kawasan yang lapang dan mempunyai tempat letak kereta yang agak luas, selain boleh menikmati pemandangan yang indah Muara Sungai Duyung. Acapkali juga kelihatan bot-bot nelayan menyusuri masuk ke muara ini, lalu memberikan satu suasana kampung nelayan yang aman damai.

No. 26 – IKAN BAKAR PARAMESWARA

Waktu Perniagaan : 5.00 ptg – 12.00 tghmalam

Disini juga mempunyai pelbagai jenis makanan laut untuk dipilih sama seperti Medan Ikan Bakar Sungai Duyong. Apa yang membezakan medan ikan bakar ini adalah pada cara membakar dan sos/sambal yang disediakan. Selain itu lokasinya juga yang terletak di muara sungai membolehkan anda melihat bot2 kecil keluar masuk membawa penumpang dan pemancing ke Pulau Melaka.

No. 27 – EAT & REPEAT

Waktu Perniagaan : 11.00 pagi – 10.00 malam

Sesuai dengan nama kedai. Eat pastu kita repeat eat lagi sebab semua yang dijual disini hanya berharga RM1.90 sahaja. Ada lontong, nasi goreng cina, nasi rendang ayam, nasi daging cincang, mee kari, ayam tandoori, sagu gula melaka, pulut mangga, teh o ais, sirap, cendol. pulut mangga dan sagu gula melaka…superb! dan macam macam lagilah.

No. 28 – RESTOREN SELERA IBUKU

Waktu Perniagaan : 9.00 pagi – 10.00 malam

Sedap dan murah! Banyak pilihan dan rambang mata admin makan kt sini! Korang wajib cuba!
Lunch hour: lebih 40 jenis masakan berlauk. Paling mantap Asam pedas- masakan panas- masakan nyonya disini!

No. 29 – DAPUR RITA TULANG MERAH

Waktu Perniagaan : 5.00 ptg – 1.00 pagi

Sedapnya!!!! Terbgiang-ngiang rasa kesedapan makan kt sini! Siapa pernah cuba dia tahu la kehebatan rasa di sini. Seperti Yg telah menjadi viral seluruh Melaka, Dapur Rita menyediakan pelbagai masakan Selera Singapura yg pasti akan membuat anda dtg kembali berulang kali.

No. 30 – MEE BESEN

Waktu Perniagaan : 3.30 ptg – 10.00 malam

Sebuah kedai yang menyediakan mee dalam besen sebagai salah satu tempat makan best di Melaka. Ya, anda literally boleh makan dalam besen. Tidak, mereka tak pakai besen bajuh baju. hehehe. Mee besen di sini datang di dalam pelbagai saiz iaitu Saiz S: 1 – 2 orang makan, Saiz M: 2 – 3 orang makan dan Saiz L: 3 – 4 orang makan.

No. 31 – KUIH KERIA ANTARABANGSA HAJI JALIL

Waktu Perniagaan : 11.00 pagi – 7.00 ptg

Fenomena Kuih Keria Antarabangsa Haji Jalil, Limbongan, Melaka tidak akan anda tahu sekiranya anda tidak mencuba untuk rasai sendiri pengalaman beratur, menunggu, membeli dan merasai kuih keria gula Melaka yang viral saban hari.

No. 32 – RESTOREN LINECLEAR KAMPUNG JAWA ROJAK & SATAY ORIGINAL

Waktu Perniagaan : 10.00 pagi – 5.00 ptg

Datang Melaka tak sah kalau tak Jalan-jalan Cari Makan. One of dalam list ialah kedai sate di Kampung Jawa ni, bukan kat Penang aje kedai Lineclear, kat Melaka pun ada, kedai ni tepi sungai Melaka tapi nak datang ke sini, jalannya agak sempit dan parking pula sangat terhad.

No. 33 – UJANG ASAM PEDAS CLAYPOT PASAR BORONG BATU BERENDAM

WAKTU PERNIAGAAN : 4.00 PTG – 3.00 PAGI

Melaka dan asam pedas memang tidak dapat dipisahkan. Jenama kuat tu!. Jom nikmati asam pedas Ujang sambil tengok staffnya membuat persembahan roti canai terbang..memang rare.

No. 34 – NASI LEMAK HIJAU

WAKTU PERNIAGAAN : 5.30 PTG – 12.00 TGHAMALAM

Nasi lemak hijau marvellous..makanan sedap, superb,nasi lemak hijau go go green melake y sgt sedap wajib cube tau,delicious. bukan nasi je ade western pon best superbb !! Memang rugi siapa yang belum rasa nasi lemak hijau melaka! Terbaikk!

No. 35 – AGUS ROTI JOHN BUKIT BERUANG

WAKTU PERNIAGAAN : 4.00 PTG – 12.00 TGHMALAM

Kedainya kecil sahaja tetapi sentiasa penuh dengan para pelanggan. Menjual roti john, ABC, chicken chop dengan harga yang berpatutan.

No. 36 – WAK JOE SATAY PASAR BORONG BATU BERENDAM NO 10

WAKTU PERNIAGAAN : 7.00 PTG – 2.00 PAGI

Terase kat tekak nak makan satay tengah2 malam.? Pagi2 buta.? Kat mane nk carik kedai satay yg bukak sampai pagi.? Masakan panas.? Goreng2.? The one n only Wakjoe’s Satay pasar borong batu berendam melaka..pasti tak akan mengecewakan anda.Ada satay ayam, daging, perut, kambing dan kerang.

No. 37 – NASI AYAM BONDA AYER KEROH

WAKTU PERNIAGAAN : 9.30 PAGI – 4.30 PTG

Makanan yg sgt sedap..nasi ayam bonda kelainan pada cili ayam tu..perghhhhh sedap sungguh. harga berpatutan, beehon soto dan rojak ayam pun sedap..wowww merbelessss..

No. 38 – MEDAN IKAN BAKAR HAJI MUSA

WAKTU PERNIAGAAN : 5.00 PTG – 11.30 MALAM

Kalau sesekali nak ubah selera,asyik di umbai saja, apa kata cuba di sini, selain daripada ikan,sotong dan ketamnya yang bersaiz besar, harga yang ditawarkan juga amat berpatutan.

No. 39 – CHAQ CORNER AYER KEROH

WAKTU PERNIAGAAN : 4.00 PTG – 1.00 PAGI

Kalau anda peminat char kuew teuw memang patut cuba disini, char kuew teuw Tsunami nya memang padat dengan pelbagai seafood. Selain itu ada juga western dan nasi ayam.

No. 40 – MEE SUP TENGKERA

WAKTU PERNIAGAAN : 2.30 PTG – 6.00 PTG

Menunya sangat simple. Mee, mee hoon atau kuay tiaw sup. Itu jer. Mangkuk kecik jer. Simple dish. Ada mee tu, carikan isi ayam, sayur 2 sudu, cili besar potong dengan kuah sup. Siap. Nak kaw sikit, tabur lada sulah tu. Memang sesuai untuk minum petang. Sini juga ada jual popiah yang sedapppp.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *